BUKU NOVEL
ANNOTATE BOOK
Isnin, 20 Julai 2026
HELLO DUNIA!!!!! 2026!!!
Ahad, 1 September 2024
BUKU NOVEL LANGIT GORYEO
Menjadi muslim yang taat adalah cita-cita utama Haneul Choi setelah masa bakti dalam wajib militer terselesaikan. Namun, menjadi berbeda di tanah kelahirannya sendiri ternyata jauh dari mudah. Soju, bercampur baur dengan teman perempuan, dan menyembah leluhur di hari besar tal mampu dihindarkan. Belum lagi setiap sudut Kota Seoul masih mengingatkannya akan Haia muslimah asal Indonesia yang dulu mematahkan hatinya.
Haneul pun memutuskan untuk berlibur dan menghindari tabligh akbar di jogja. Namun, rencana perjalanannya hancur akibat Cahaya Pendar, pemandu wisatanya yang melakukan kecerobohan. Alih-alih datang datang ke pengajian, Haneul terpaksa menginap di motel terpencil dengan Pendar. Haneul dikejutkan Pendar yang terlihat akan terjun dari balkoni kamar tepat di sepertiga malam. Ternyata kejadian itu memberi perubahan sangat besar dalam hidup mereka. Rasa penasaran , perhatian dan juga hasrat ingin terus melindungi perempuan yang melewati takdir hidup penuh duka tak bisa ditahan. Begitu pula Pendar ysang selama ini dirundung kegelapan, merasa Haneul datang sebagai langit tempat cahayanya berpendar.
Khawatir perasaannya berubah dosa. Haneul berniat menikahi Pendar. Sayangnya realita tak semudah angan. Haneul dan Pendar dihadapkan berbagai macam ujian. Puncaknya saat mendekati masa lamaran. Haneul ditimpa musibah yang membuatnya ingin menyerah, bhkan mengguncang keimanannya pada Sang Maha Cinta.
Akankah Haneul dan Pendar mampu memperjuangkan cinta mereka?
Rabu, 17 Julai 2024
BUKU NOVEL DARK SIGNORE
Isnin, 1 April 2024
NOVEL MENS REA BY FAZRIN JAMAL
Hai Assalamualikum, dah lama aku tak update dekat blog pasal buku kan. Mana tak nya aku sibuk habis kan buku novel yang tak berapa nak tebal tu. Selalu memang ikut mood aku lah nak baca.
Selasa, 19 Disember 2023
KOREAN DRAMA - VIGILANTE 2023
Hi Assalamualaikum korang, okay hari aku bersemangat nak tulis blog. sebab banyak pulak idea aku nak menulis nie, korang pernha tengok drama korea nie?
Drama nie mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang dendam dengan seorang samseng jalanan yang bunuh mak dia. Dengan senang hatinya hakim jatuhkan hukuman yang tidak setimpal dengan jenayah yang lelaki tu buat. Boleh hakim kata lelaki tu ada sakit mental so hukuman tu cuma di penjara then kalau kelakuan baik di bebaskan. Mak budak tu dah mati siapa yang nak jawab?
One day, budak tu dah besar dia bertekad nak balas dendam untuk mak dia. Tapi sebenarnya bukan untuk mak dia jea, tapi untuk samseng jalanan yang suka buli orang yang lemah. Dalam drama nie dia jadi seorang anggota polis berpangkat rendah. So setiap jenayah yang dia buat orang tak pernah nampak sebab dia nie seorang yang sangat peramah dengan semua orang. Jalan cerita nie sangat best dan sedih. korang patut tengok dekat loklok sebab cuma ada dekat loklok jea.
Isnin, 18 Disember 2023
KOREAN DRAMA - WELCOME TO SAMDAL-RI
Hai korang, Assalamualaikum. Dah lama tak tulis blog kan? sejak sakit tempoh hari aku banyak berehat dari semua aktiviti aku. Nak membaca sekarang pun masih lagi tak ada mood. Kena cari mood dulu baru boleh membaca.
Korang aku nak tanya nie? hari nie aku nak cerita lah sikit pasal kdrama yang terbaru dan pada aku wajib korang tengok. Cerita ni menceritakan kisah 5 sekawan dan 3 beradik yang punya masalah masing-masing. Samdal-ri adalah seorang anak perempuan kedua dari dua beradik dia. Dia ada kakak dan adik bongsu, dia anak yang kedua. Samdal-ri seorang yang sangat cinta akan photography, cita-cita dia yea lah nak berjaya dalam hidup dia. 15 tahun dia hidup dekat seoul maki hamun semua dia lalui hanya inginkan cita-cita dia berjaya.
Pada suatu hari, Samdal-ri ada seorang pembanu yang namanya aku tak ingat tapi panggil dia penyodol betina. Pembantu Samdal-ri nie masih lagi dalam fasa belajar. Tapi pembantu dia nie terlalu cemburukan Samdal-ri hingga kan dia sanggup sailang boyfriend Samdal-ri. Yang lelaki tu pun 2x5 sama jea perangai musibat dia. Aku geram dengan dua ekor beruk yang khianat Samdal-ri tikam Samdal-ri dari belakang hancurkan karier orang tu, fitnah Samdal-ri dekat wartawan sampai masuk tv. Si penyondol boleh kata Samdal-ri buli dia dekat tempat kerja sampai kan dia nak bunuh diri. Habis semua penaja tarik diri, projek yang baru dia dapat pun kena tarik balik hanya di sebabkan fitnah perempuan tu. Sebenarnya si penyondol tu tak adalah bijak sangat, betul la Samdal-ri kata si penyondol tu tak bersedia lagi dengan kerjaya dia.
Korang bayang kanlah semua idea Samdal-ri yang bagi dan cari sendiri. Si penyondol tu pulak bukan tahu nak fikir sendiri yang dia tahu kerja nak senang. Sampai kan masa Smadal-ri balik jeju kampung halaman dia, perempuan tu boleh curi hasil kerja Samdal-ri dan bagi dekat syarikat lain. Macam bodoh lah perempuan tu. Sakit hati aku tengok muka perempuan tu, korang kena tengok tau cerita nie. sebab dalam cerita nie ada sedikit pe ngajaran yang kita dapat. Bukan tengok saja-saja jea tau.
Pergi tengok korang, dekat netflix ada dekat loklok pun ada, jalan cerita memang best. korang tak akan menyesal tengok....
Rabu, 29 November 2023
BUKU NOVEL 1969 BY NAZRUL KAMA
"Minat melukis membuatkan Sufian rapat dengan Chop Choy. Sebab anak Cina tu pun suka melukis. Sementara di berek, hanya Mokhsin si budak nakal yang rapat dengan dia".
Sikap perkauman yang memburuk dalam hati manusia membuatkan Chop Choy merenggangkan diri, sementara sikap perjudis masyarakat membuatkan Mokhsin hidup dalam kehinaan.
Semakin hampir dengan SPM, hubungan pershabatan Sufian dan dua sahabat renggang, Tragedi demi tragedi datang menimpa, menguji kesabaran mereka, ditambahkan dengan kesempitan hidup yang semakin parah. Persoalannya, sampai bila mereka mampu bertahan?
Semuanya bermula apa bila Sufian - seorang budak biasa yang suka melukis, mendengar radio, menonton wayang, mandi sungai dan mengacau anak dara orang berpindah ke rumah abang iparnya di kamunting, Perak pada tahun 1969.
Nak tahu lebih lanjut tentang kisah Sufian korang boleh beli dekat bio atau nak baca sinopsis dulu pun boleh. semua ada dekat bio okay korang.
HELLO DUNIA!!!!! 2026!!!
π«ππ ππππ πππ πππ πππ πππππ ππππ, ππππ πππππ ππππ πππππ πππππ... πΊπππππππ...
-
Hi selamat datang ke blogger aku yang berapa nak cantik dan best. Ini entah kali ke berapa aku tulis blog, tulis padan tulis padam sebab ta...
-
" Aku sudah gilakah? Tapi mengapa? Aku tidak tertekan pun sebelum ini." - AKMA Dalam melayari bahtera rumah tangga bersama kar...
-
Setelah tinggal lama di New York, MUHAMMAD dan AISYA memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membel...





